Isu kalimah Allah telah menjadi suatu isu
yang berpanjangan dan berlarutan di Malaysia.
Pelbagai pandangan yang dikeluarkan oleh pelbagai golongan agama dalam
menghadapi isu ini.
Ada pandangan yang tidak membenarkan
kalimah Allah digunakan oleh selain daripada penganut agama Islam. Terdapat juga pandangan yang menyatakan
bahawa golongan Kristian telah mempunyai istilah tersendiri untuk Allah oleh
itu mereka tidak perlu menggunakan kalimah Allah. Selain itu, ada juga pandangan yang
membenarkan kalimah Allah digunakan oleh pihak Kristian dangan hujah-hujah
tersendiri.
Penulis tidak bercadang untuk mengulas atau
mentarjih (menguatkan sesuatu pandangan).
Biarlah perbezaan pandangan yang wujud di kalangan golongan agama
disikapi dengan hujah-hujah ilmiah dan matang bukannya hanya pengaruh emosi
semata-mata.
Cumanya penulis ingin mengulas mengenai
pandangan yang mengatakan umat Islam akan keliru sekiranya pihak Kristian
Malaysia (sebenarnya Kristian di negara Arab telah lama menggunakan kalimah
Allah dalam versi Bible Arab mereka).
Sebenarnya saya kurang bersetuju dengan
pandangan tersebut.
Pertama, budaya membaca dalam kalangan umat
Islam di Malaysia dan negara umat Islam yang lain juga bukanlah di tahap yang
tinggi sehingga menyebabkan mereka begitu rajin untuk membaca Bible seterusnya
terpengaruh dengan isi kandungannya.
Begitu ramai sebenarnya umat Islam yang belum pernah atau habis membaca
terjemahan al-Quran (bagi yang kurang mahir bahasa Arab). Apatah lagi mengetahui
tafsirnya. Pernyataan ini dapat dibuktikan dengan bertanya orang-orang
sekeliling kita. Cuba fikir bagaimana
umat Islam dengan mudah terpengaruh sedangkan kitab agama sendiri pun tidak
dibaca.
Kedua, kandungan Bible itu sendiri pun
bercanggah antara satu sama lain. Begitu
juga diantara versi-versi Bible yang pelbagai.
Ahmad Deedat antara tokoh yang banyak berdebat dengan golongan paderi
Kristian mengenai Bible. Sekiranya
terdapat di kalangan umat Islam yang membaca Bible mereka tentu sukar untuk terpengaruh
dengannya disebabkan percanggahan yang terdapat dalamnya jika mereka membacanya
dengan betul. Wajar umat Islam untuk
menonton video perdebatan ilmiah Ahmad Deedat dan juga membaca karya-karyanya
untuk memahami perkara ini.
Ketiga, sebenarnya agama Islam sedang
berkembang pesat di negara-negara barat seperti Amerika Syarikat dan
Rusia. Berapa ramai saintis yang memeluk
Islam selepas mengkaji al-Quran. Sepatutnya
dan seharusnya fakta ini yang harus didedahkan kepada umat Islam dan bukanlah
beberapa kes murtad yang berlaku kepada beberapa bekas umat Islam yang digembar-gemburkan
seolah-olah Islam ini agama yang salah sehingga para penganutnya berbondong-bondong
ingin keluar daripada agama Islam.
Sekiranya fakta agama Islam berkembang pesat di barat yang kita hebahkan
boleh jadi penganut agama lain di Malaysia berminat untuk mengkaji agama Islam.
Keempat, jika ditinjau dari sudut sejarah
golongan penjajah yang menjajah negara-negara lain bukan sahaja ingin mengaut
keuntungan melaui hasil bumi semata-mata malah turut menyebarkan agama mereka
kepada penduduk peribumi negara tersebut.
Rakyat negara Filipina contohnya antara yang menganut agama Kristian
yang di bawa oleh pihak penjajah. Namun
apabila kita meninjau sejarah umat Islam perkara berbeza yang berlaku. Penjajah menganut agama golongan yang
dijajah. Monggol yang terkenal dengan
menakluk wilayah-wilayah umat Islam seperti Baghdad selepas tempoh
tertentu telah terkesan dengan akhlak
umat Islam seterusnya menganut agama Islam.
Kesimpulannya perkara yang perlu menjadi
fokus kepada umat Islam ialah memantapkan pengajian akidah. Kita perlu membezakan Allah yang difahami
oleh umat Islam dengan Allah yang difahami oleh Kristian. Allah dalam Islam bebas dari sebarang
unsur-unsur syirik. Surah al-Ikhlas
merupakan surah yang menjelaskan keesaan Allah.
Hal ini berbeza dengan Kristian yang mendakwa bahawa Allah mempunyai
anak. Suatu hakikat yang kita perlu
terima ialah Kristian dan Yahudi merupakan agama-agama samawi. Oleh itu, kadangkala terdapat persamaan
antara agama-agama ini. Cuma kedua-dua
agama ini telah diselewengkan oleh paderi-paderi mereka sendiri hingga hilang
keasliannya dan kesuciannya.
Mohamad Amirul bin Saidi.
Parit Gabis Atas, Bagan Serai, Perak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan