Saya tidak mepunyai data secara lengkap
mengenai jumlah sebenar kitab-kitab yang dikarang oleh para ulama Islam. Walaubagaimanapun berdasarkan pengetahuan am
yang saya tahu bahawa ada satu aplikasi yang dicipta yang menghimpunkan
kita-kitab karangan para ulama Islam.
Aplikasi ini dinamakan sebagai Maktabah Asy-Syamilah. Dalam aplikasi ini menghimpunkan sebanyak
10,000 buah kitab yang boleh dibaca melalui komputer yang ada memuat turun
aplikasi tersebut. Jumlah kitab dalam
aplikasi ini pula sentiasa bertambah setiap kali dikemaskini oleh pihak yang
membuatnya.
Sudah tentu sebahagian besar daripada
kita-kitab yang dimuatkan itu merupakan kitab yang terdiri daripada banyak
jilid besar seperti Tafsir Ibnu Kathir, Fath Al-Bari dan lain-lain. Saya juga percaya bahawa aplikasi ini tidak
menghimpunkan semua karangan ulama.
Sudah tentu jumlah kitab-kitab karangan ulama sejak zaman berzaman melebihi
daripada jumlah kitab yang dihimpunkan dalam aplikasi tersebut.
Fokus sebenar penulisan ini dengan membahaskan jumlah kitab yang dikarang ulama sejak zaman berzaman ialah ingin memberikan sisi pandang yang berbeza kepada sebahagian pihak yang kurang menggalakkan amalan membaca secara sendiri oleh seseorang penuntut ilmu. Mereka begitu menggalakkan amalan menuntut ilmu secara berguru, malah mengancam dengan pelbagai amaran kepada sesiapa yang membaca sendiri tanpa berguru. Pelbagai kata-kata telah dipetik dan dinukil bagi menjustifikasikan tindakan mereka ini. Antaranya sesiapa yang belajar secara tidak berguru maka gurunya adalah syaitan.
Sekiranya amalan menuntut ilmu secara berguru sahaja yang digalakkan oleh pihak tersebut. Saya antara individu yang amat bersetuju dengan kempen tersebut. Sudah tentu belajar secara berguru lebih baik daripada membaca secara sendiri sesuatu buku. Namun apabila kempen untuk menggalakkan belajar secara berguru disertakan dengan mengecam amalan membaca secara sendiri-sendiri, saya antara individu yang tidak bersetuju. Bagi saya berguru itu perlu, membaca secara sendiri juga perlu. Berguru jangan langsung tidak mahu membaca sacara sendiri-sendiri. Membaca sendiri-sendiri pula jangan sampai lupa untuk berguru. Berguru dan membaca perlu seiring, perlu seimbang.
Para ulama mengarang begitu banyak kitab dalam pelbagai tajuk. Sekiranya kita ingin menyatakan bahawa belajar mesti secara berguru dan tidak boleh membaca sendiri maka kitab-kitab yang begitu banyak yang dikarang oleh para ulama itu hanya mampu menjadi perhiasan sahaja. Mana mungkin kitab yang begitu banyak itu hendak dipelajari secara berguru, kecuali sesiapa yang Allah kurniakan keberkatan waktu atau umur sepanjang nabi Nuh a.s.
Sebenarnya bukan persoalan membaca secara tidak berguru yang perlu dititikberatkan sebagai salah tetapi yang perlu dititikberatkan ialah metod dalam membaca. Sekiranya seseorang mempunyai metod membaca yang betul tidak ada masalah keatasnya untuk membaca secara sendiri-sendiri.
Metod yang dimaksudkan ialah mempunyai ilmu asas untuk sesuatu ilmu pengetahuan. Ilmu asas ini yang perlu dikuasai terlebih dahulu dan sebaiknya secara berguru. Apabila ilmu asas ini dikuasai dengan baik maka seseorang itu bebas untuk membaca pelbagai karangan ulama daripada pelbagai disiplin ilmu secara sendiri kecuali apabila bertemu kesulitan untuk memahami sesuatu yang dibaca maka ketika itu barulah guru dirujuk untuk mendapatkan penjelasan.
Ilmu asas yang dimaksudkan contohnya dalam bidang tafsir al-Quran seseorang itu mestilah terlebih dahulu mempelajari ilmu Usul Tafsir (dikenali juga sebagai Ulum al-Quran) yang terdiri daripada perbahasan mengenai metod tafsir, biografi ulama-ulama tafsir, kitab-kitab tafsir yang muktabar, nasakh dan mansukh dan banyak lagi. Seseorang itu juga perlu mempunyai ilmu yang mencukupi dalam bahasa Arab yang terdiri daripada Nahu, Soraf, Balaghah dan sebagainya. Setelah ilmu-ilmu ini dipelajari dengan sebaiknya maka tidak ada masalah untuk seseorang itu untuk membaca kitab-kitab tafsir yang dikarang oleh para ulama walaupun tidak secara berguru. Contoh mengenai tafsir al-Quran ini merupakan suatu contoh sahaja, begitu jugalah dengan disiplin-disiplin ilmu yang lain.
Metod seterusnya pula seseorang pembaca itu hendaklah menilai setiap sesuatu yang dibaca itu, bukan ditelan bulat-bulat apa sahaja ditulis oleh seseorang penulis. Ada perkara yang boleh diterima, ada perkara yang perlu ditolak, ada perkara juga yang perlu disemak semula, ada perkara yang perlu berlapang dada, ada perkara juga yang perlu ditangguh terlebih dahulu. Bagaimana untuk menilai sesuatu. Nilailah dengan neraca al-Quran dan al-Sunnah. Apa yang bertepatan dengan dua sumber tersebut maka diambil, apa yang bercanggah pula ditolak. Bukan siapa yang menulis atau siapa yang mengajar tetapi apa yang ditulis dan apa yang diajar. Apa itu yang dinilai bukan siapa.
Pihak yang tidak bersetuju untuk membaca sesuatu bahan bacaan secara sendiri ini mungkin bimbang kesan buruk daripada amalan ini seperti menjadi sesat apabila menerima semua perkara yang telah dibacanya. Jawapannya ialah membaca buku seperti menggunakan pisau. Ada orang yang menggunakan pisau untuk membuat perkara kebaikan. Ada juga yang menggunakan untuk memberi mudarat kepada orang lain seperti mencederakan dan lebih buruk sehingga tahap membunuh. Adakah disebabkan sebahagian orang tidak pandai menggunakan pisau dengan betul maka kita ingin menghalang semua orang daripada menggunakan pisau. Begitu jugalah dengan buku. Adakah disebabkan ada orang yang membaca buku kemudian jatuh ke lembah kesesatan maka kita ingin menghalang semua orang daripada membaca. Sepatutnya larangan yang dibuat secara lebih khusus bukannya umum. Contohnya seperti jangan membaca tanpa berguru bagi sesiapa yang tidak mempunyai metod membaca yang betul.
Kesimpulannya Islam pada zaman ini diserang oleh pelbagai pihak di pelbagai penjuru. Orentalis, Atheist, Quranism, propaganda barat, Liberalism, Sekularism dan senarai ini berterusan. Kita memerlukan tokoh yang luas pembacaanya sama ada dalam ilmu-ilmu keIslaman itu sendiri dan ilmu-ilmu lain yang tidak bersangkut dengan Islam secara langsung tetapi secara tidak langsung bagi menjawab pelbagai tohmahan dan serangan yang dikenakan ke atas Islam secara ilmiah dan akademik. Sekiranya kita takut untuk membaca, jangan halang orang lain untuk membaca. Tidak semua orang ingin bersikap sebagaimana kita bersikap.

Mohamad Amirul bin Saidi.
Parit Gabis Atas, Bagan Serai, Perak.