Kebanyakan jamaah tidur. Begitulah realiti yang berlaku pada hari
Jumaat apabila khatib sedang membacakan teks khutbah. Terdapat jamaah yang yang begitu nyenyak
tidur sehingga perlu digerakkan apbila iqamah dilaungkan untuk mendirikan solat
fardhu Jumaat. Terdapat juga jamaah yang
berbual walaupun masih belum ketara keadaannya.
Terutama kanak-kanak turut tidak terkecuali golongan-golongan bapa yang
sepatutnya menjadi contoh tauladan kepada kanak-kanak. Jamaah yang tidak tidur, berbual, berkhayal,
melihat-lihat telefon dan aktiviti yang lainya belum tentu pula memahami butir
khutbah yang disampaikan khatib dalam itonasi yang menggalakkan lagi suasana
mengantuk kepada sidang Jumaat.
Begitulah situasi yang berlaku pada hari
Jumaat. Kebanyakan jamaah yang keluar
selepas solat fardhu Jumaat bagi menyambung tugas masing-masing (kecuali
negeri-negeri yang bercuti pada hari Jumaat)
tidak mendapat apa-apa pengisian.
Khutbah Jumaah berbeza daripada kuliah
Maghrib, kuliah Subuh, kuliah Dhuha, Daurah, Ceramah Perdana, Forum dan banyak
lagi. Perbezaan yang dimaksudkan ialah
dari aspek individu yang menghadirinya.
Kuliah Maghrib biasanya dihadiri oleh kebanyaknnya golongan-golongan
yang telah bersara dan segelintir golongan muda. Begitu juga kelas pengajian agama di pondok
dihadiri oleh individu-individu yang benar-benar ingin mendalami agama
Islam. Begitulah seterusnya (kuliah
maghrib dan lain-lain).
Namun khutbah yang disampaikan pada hari
Jumaat dihadiri oleh jamaah daripada pelbagai latar belakang. Individu yang culas menunaikan solat lima
waktu turut menghadiri solat fardhu Jumaat kerana malu kepada orang kampung
(jiran-jiran sekeliling rumah).
Pekerja-pekerja yang sibuk contohnya pekerja kilang yang bekerja selama 12
jam sehari menghadiri solat fardhu Jumaat kerana diberikan kelepasan oleh pihak
majikan. Malah pekerja asing yang
beragama Islam yang bekerja di negara ini turut hadir. Khutbah Jumaat dihadiri daripada golongan
yang mempunyai pengetahuan agama yang mendalam sehinggalah yang mempunyai tahap
pengetahuan agama pada tahap yang rendah.
Jika dibandingkan dengan kuliah Maghrib ianya hanya dihadiri oleh
individu-individu yang benar-benar ingin belajar agama sahaja atau ingin
mengisi masa lapang antara Maghrib dan Isyak.
Sepatutnya kesempatan ini digunakan
sebaik-baiknya untuk menyampaikan mesej-mesej Islam. Hal ini kerana khutbah Jumaat adalah medium
yang paling tepat untuk dakwah Islam disebarkan kepada pelbagai pihak yang
menjadi sasaran dakwah. Oleh itu, bagi
mengatasi kehambaran ini pihak jabatan agama negeri atau pihak masjid sebagai
contohnya perlu untuk menganjurkan kursus pengucapan awam kepada imam-imam yang
bertugas untuk membaca khutbah. Untuk menyuruh mereka semua untuk berkhutbah
secara sponton tentulah sukar kerana bukan semua imam adalah lulusan universiti
atau pondok dalam bidang pengajian Islam.
Mereka dilantik atau dengan memohon sebagai jawatan imam kerana mempunyai
bacaan al-Quran yang baik. Melalui kursus ini khatib perlu diajar
mengenai itonasi suara, pernafasan, menghilangkan gugup dan sebagainya yang
berkaitan dengan ilmu pengucapan awam. Khatib
juga perlulah membaca teks tersebut terlebih dahulu agar lebih bersedia. Barulah khutbah Jumaat dapat disampaikan
dalam keadaan yang menarik yang mampu menarik perhatian jamaah untuk mendengar
isi-isi yang ingin disampaikan. Perkara
ini tidak mustahil. Peserta syarahan,
pidato, bercerita contohnya mampu memukau pendengar dengan cara penyampaian
mereka yang mempersonakan selepas menjalani latihan. Walaupun sebenarnya mereka hanya menghafal
teks kecuali acara yang dijalankan secara spontan.
Begitu juga dengan teks khutbah yang
ditulis. Teks khutbah yang ditulis
perlulah berkaitan isu-isu bersifat semasa seperti bahaya Syiah, penindasan
umat Islam di seluruh dunia yang berlaku, masalah percaya kepada bomoh dan tangkal
yang masih menular dalam masyarakat Islam, menyeru umat Islam supaya tidak
menyimpan wang dalam akaun kovensional yang mempunyai riba,
kepercayaan-kepercayaan karut dalam masyarakat Islam, hadis-hadis palsu yang tersebar, ciri-ciri
ajaran sesat, penggunaan pelaris dalam bidang perniagaan, masalah-masalah umat
Islam dalam negara. Bukanlah sesuatu
tajuk yang tidak mampu difahami oleh para jamaah atau tajuk yang tidak
sesuai. Teks khutbah perlu ditulis dalam
bahasa yang mudah dan mampu difahami oleh segenap lapisan masyarakat bukannya
dengan bahasa-bahasa yang beraras tinggi dan terlalu puitis.
Bagi mengelakkan fenomena hambar terus
berlaku pada hari Jumaat ustaz-ustaz yang mengajar agama juga perlu diberi
kesempatan untuk menyampaikan khutbah secara spontan. Hal ini kerana pengetahuan yang mereka miliki
dalam bidang agama membolehkan mereka menyampaikan khutbah secara sponton. Peraturan yang mewajibkan khatib membaca teks
khutbah perlu dilonggarkan kepada mereka.
Kuliah Sebelum Azan Jumaat
Banyak pihak yang mengelolakan masjid yang
mengadakan kuliah sebelum azan Jumaat.
Boleh jadi mereka beranggapan kuliah yang diadakan sebelum azan Jumaat
dihadiri oleh ramai orang berbanding kuliah atau ceramah pada waktu yang
lain. Ataupun disebabkan mereka
merasakan khutbah Jumaat tidak mampu lagi untuk menyampaikan ilmu kepada jamaah
sehingga perlu diadakan satu lagi kuliah lagi secara berasingan. Sebenarnya apabila khutbah Jumaat itu sendiri
(khatib dan teks) mampu untuk di tranformasi, khutbah Jumaat tersebutnya sudah
memadai. Waktu kosong sebelum azan
mungkin dapat dimanfaatkan para jamaah untuk menjalankan ibdah secara
sendiri-sendiri seperti membaca al-Quran, berselawat dan berzikir.
Harapan
Harapannya ialah diharapkan suatu hari
nanti khatib dapat menyampaikan khutbah dengan menarik di samping isi yang
disentuh bersesuaian dengan para jamaah serta dapat difahami. Para jemaah pula kelihatan tekun dan asyik
mendengar khutbah yang disampaikan oleh imam.
Seterusnya keluar daripada masjid selepas menunaikan solat fardhu
Jumaat dengan mendapat sesuatu pengisian
yang bermanfaat sebagai renungan dan untuk diamalkan. Alangkah rugi dan malangnya umat Islam
apabila medium terbesar dan terbaik dakwah yang mereka miliki sekiranya gagal
untuk dimanfaatkan dengan sebaiknya.
Mohamad Amirul bin Saidi.
Parit Gabis Atas, Parit Gabis Atas, Perak.