Tidak
faham sebahagian apa yang dipelajari ketika pensyarah sedang mengajar merupakan
sesuatu yang normal. Lebih-lebih lagi jika apa yang dipelajari merupakan
sesuatu yang baru bagi kita atau dipelajari menggunakan bahasa yang bukan
bahasa ibunda kita.
Namun
kita mestilah melakukan sesuatu yang berkesan untuk memahami apa yang tidak
difahami itu. Antaranya adalah:
1. Bertanya terus kepada pensyarah di dalam
kelas jika pensyarah tersebut jenis yang tidak kisah pengajarannya di potong
ketika beliau sedang mengajar. Terdapat juga sebahagian pensyarah yang membuka sesi
soal-jawab di hujung pengajarannya. Boleh ambil peluang bertanya ketika itu.
2.
Bertanya kepada pensyarah selepas kelas di luar kelas atau ketika sesi
konsultasi. Terdapat sebahagian pensyarah yang mampu menjawab soalan dalam
keadaan berjalan ke destinasinya yang seterusnya. Jika pensyarah jenis begini bertanyalah kepadanya sambil
mengikutinya berjalan.
3.
Bertanya kepada kawan yang lebih memahami perkara tersebut.
4.
Membaca apa yang bakal dipelajari terlebih dahulu dan cara-cara yang lain yang
munasabah.
Namun
terdapat sebahagian kita yang tidak cenderung memilih kaedah yang saya telah nyatakan
di atas. Mereka akan bertanya apa yang tidak difahami kepada rakan-rakan yang
duduk berhampiran dengan mereka ketika pensyarah sedang mengajar di dalam kelas.
Tindakan ini berkemungkinan mencetuskan beberapa masalah:
1.
Mengganggu konsentrasi rakan yang ditanya.
2.
Mengganggu rakan-rakan lain yang duduk berhampiran dengannya untuk fokus kepada
apa yang pensyarah sedang ajar. Kadangkala mereka tidak sedar bahawa suara
mereka agak kuat ketika itu dan mengganggu pelajar lain yang mahu fokus kepada
apa yang sedang diterangkan pensyarah.
3.
Mengganggu pengajaran pensyarah.
4.
Mereka sendiri iaitu pelajar yang tidak faham yang bertanya rakannya dan rakan
yang menjawab soalan berpontensi terlepas perkara baru yang diterangkan
pensyarah sepanjang proses si rakan menerangkan kepada kawannya apa yang tidak
difahaminya. Selain itu, pelajar yang tidak faham itu masih berpontensi tidak
faham selepas penerangan rakannya disebabkan penerangan rakannya itu dibuat
secara tergesa-gesa sebab beliau sendiri ingin kembali fokus pada pengajaran
pensyarah.
Oleh
itu, jika kita tergolong dalam golongan ini marilah kita bersama-sama
mempertimbangkan dan kemudiannya melaksanakan
cadangan-cadangan yang telah saya kemukakan di atas. Kita mampu
mengubahnya.
Mohamad Amirul bin Saidi.
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak, Selangor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan