1. Membaca buku satu amalan yang berfaedah. Berkongsi buku-buku yang
dibaca kepada rakan-rakan di media sosial dapat mengenalkan rakan-rakan media
sosial kepada buku baharu yang mereka belum tahu atau baca dan menggalakkan
mereka untuk membaca.
2. Namun apa kata kita naik setingkat lagi daripada sekadar berkongsi buku
apa yang kita sedang atau telah baca. Mari kita kongsikan pula perkara-perkara
menarik yang kita temui sepanjang pembacaan kita. Dalam beratus-ratus atau
beribu-ribu halaman yang kita telah baca tentu banyak perkara menarik yang
ditemui. Jika tidak mampu kongsi banyak, sedikit pun tidak mengapa. Jika satu
buku kita hanya mampu kongsi satu perkara menarik, maka jika sepuluh buku kita
sudah mampu kongsi sepuluh perkara menarik. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.
3. Bukan semua rakan-rakan media sosial kita mampu membaca sebagaimana
kita disebabkan sebab yang rencam. Sekurang-kurangnya jika kita berkongsi
sebahagian perkara yang menarik daripada sesuatu buku yang kita baca mereka
juga dapat mengambil manfaat.
4. Lebih-lebih lagi jika buku yang kita baca dalam bahasa asing. Tidak
semua rakan-rakan media sosial kita menguasai atau mampu membaca dalam bahasa
asing. Dengan berkongsi perkara menarik yang kita temui dari buku yang kita
baca mereka juga dapat memgambil manfaat. Jika kita tidak mampu berkongsi
kesemuanya jangan sampai tidak berkongsi langsung.
Mohamad Amirul bin Saidi.
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak, Selangor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan